Saya tipu awak kalau saya cakap saya benci awak tapi sebenarnya saya masih sayangkan awak . Saya tipu awak kalau saya cakap saya tak cemburu tengok yang lain bahagia sedangkan kita juga boleh jadi bahagia macam mereka . Saya tipu awak kalau saya cakap saya tak kisah bila awak sibuk sedangkan hati saya sangat merindui awak . Saya tipu awak kalau saya cakap saya tak sedih tengok awak bersama orang lain disaat saya setia pada awak seorang . Saya tipu awak kalau saya kata gembira melepaskan awak sedangkan hati saya menderita :')
Ke mana pun saya pergi , kalau perasaan sayang saya untuk awak ada dalam hati ini , ramai mana pun yang cuba ambil hati saya , hanya awak sahaja akan saya ingat . Awak janji dengan saya macam-macam then awak buat saya percaya dekat awak tapi awak langsung tak tunaikan janji awak . Awak penipu sayang :)
Awak , walaupun saya sudah tak ada dalam hidup awak , Allah tetap ada disisi awak :')
Walaupun kita jauh , saya dapat melihat awak . Walaupun awak jauh , saya dapat merasa kehadiran awak . Walaupun awak jauh , saya dapat mendengar awak . Sebab awak jauh , hati kita dekat . Hati saya ini bukan untuk awak sakiti , perasaan saya ini bukan untuk awak lukai dak kesetiaan saya ini bukan untuk awak awak khianati :')
Yang indah itu pertemuan , yang manis itu kemesraan , yang pahit itu perpisahan dan yang tinggal hanya lah kenangan . Menjaga awak adalah tugas saya , membahagiakan awak adalah tanggungjawab saya , mencintai awak adalah kehidupan saya . Saya stalk awak sebab berharap awak tak bahagia dengan orang lain dan masih perlukan saya dalam hidup awak :')
Dear awak , mungkin awak tak tahu yang saya selalu tweet pasal awak tapi saya nak awak tahu yang saya sentiasa berdoa untuk awak walaupun awak selalu menyakiti saya . Bila satu hari nanti saya berhenti mengharap , itu bukan sebab saya tak sayang awak cuma melepaskan awak bahagia dengan orang lain . Saya tak pasti yang awak akan jadi milik saya , yang pasti saya akan sentiasa mendoakan supaya satu hari nanti awak akan jadi milik saya selamanya :')
Secara jujurnya , saya malas nak layan orang yang nak taknak jew melayan saya dan awak buat saya terhegeh-hegeh dekat awak . Satu hari nanti awak jangan nak salahkan saya kalau saya berubah sekelip mata kerana awak . Andai satu hari nanti , awak dipermainkan oleh seseorang , awak ingatlah saya yang pernah awak mempermainkan saya dulu . Apa yang awak bagi , itu yang akan awak dapat :)
Dear my ex , terima kasih sebab pernah gembirakan asfa , walaupun hanya sementara . Asfa sentiasa mendoakan yang terbaik untuk awak . Asfa dah maafkan semua kesalahan dan kesilapan awak . Maafkan Asfa Fariza juga yew :)
Secara jujurnya , memang ada seorang lelaki yang ada dalam hati saya , awak tak perlu tahu siapa dia , sebab dia jauh dengan saya . Mungkin dia tak pernah sedar yang saya sayangkan dia sebab dia sentiasa ingatkan ex dia . Harap dia akan sedar satu hari nanti , saya yang sentiasa menyayangi dia , Bukan EX dia :)